Tuesday, September 1, 2009

Perhebatkan penyelidikan khasiat lintah



KETIKA penternak lintah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai juga yang ragu-ragu dengan bidang penternakan haiwan eksotik yang semakin popular itu.
Ada yang mendakwa sukar untuk dipasarkan dan tidak mempunyai kilang untuk memproses lintah sebagai produk hiliran.
Semua ini tidak mematikan semangat sekumpulan penternak lintah untuk mewujudkan Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (Pelintah) bagi memajukan industri lintah negara.
Pelintah yang ditubuhkan pada November tahun lalu telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada Mac tahun ini.
Yang Dipertuanya, Mahadzir Md Zin berkata, buat masa ini Pelintah mempunyai lebih 350 orang ahli yang terdiri daripada penternak, pemborong, pengusaha dan peruncit.
"Buat masa ini, Pelintah menyasarkan mempunyai ahli sehingga 10,000 penternak.
"Pelintah juga merupakan persatuan yang diiktiraf di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
Beliau menerangkan terdapat lebih 600 spesies lintah di seluruh dunia tetapi antara tiga yang terbaik terdapat di negara ini.
Terdapat dua spesies lintah tempatan yang mendapat pasaran dunia iaitu lintah hijau dan lintah perang. Bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan lintah, Pelintah sedang cuba mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan.
Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati dan diiktiraf oleh semua masyarakat tempatan dan secara global.
Sehingga kini lintah banyak digunakan dalam perkhidmatan terapi, produk kecantikan, bahan anti-penuaan dan rawatan alternatif seperti bekam.
Mahadzir berkata, bekam dan terapi lintah telah lama digunakan di luar negara dan buat masa ini Pelintah telah mula membuat penghantaran lintah ke luar negara bagi tujuan terapi.
Buat masa ini, Pelintah dalam perancangan menjalankan kajian dengan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi terapi perubatan serta klinikal.
Misalnya kajian mengenai lintah untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan kecil, kosmetik serta dalam bidang pertanian.
"Kajian menunjukkan lintah mempunyai banyak hormon berguna serta 16 jenis enzim yang berguna," katanya.
Bagi penternak persendirian yang berminat mendapatkan maklumat sila email kpd sascyber@hotmail.com atau telefon 0193291967.

Tuesday, August 4, 2009

Bekalan Gula Di Selangor Mencukupi: Elizabeth

SHAH ALAM, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa bekalan gula adalah mencukupi di negeri ini menjelang musim perayaan.
Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor memberi jaminan tiada krisis bekalan gula sepertimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Demikian kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Justeru, diingatkan supaya rakyat di negeri ini tidak berasa khuatir dan bimbang kepada khabar angin mengatakan bekalan gula tidak mencukupi khususnya ketika menyambut bulan Ramadhan dan pesta Kuih Bulan dalam masa terdekat ini.
Sehubungan itu, sekiranya penduduk Selangor mengalami sebarang rintangan untuk mendapat bekalan gula, sila hubungi pejabat tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di daerah yang berkenaan:
Gombak: 03-61863653
Kuala Selangor: 03-32896585
Kajang: 03-87331070
Sepang: 03-87065067
Kuala Kubu Bahru: 03-60642495
Shah Alam/Klang: 03-55107426
Petaling Jaya: 03-79547427